Suspek terakhir culik Albertine direman 7 hari

Oleh – Syeikh Baran


Suspek terakhir culik Albertine direman 7 hari
SEORANG lelaki (baju putih) dibawa keluar dari Mahkamah Johor Bahru hari ini selepas permohonan reman selesai kerana disyaki menculik budak enam tahun.

Suspek terakhir yang diberkas berhubung penculikan kanak-kanak perempuan di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun itu.



Suspek yang ditahan di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, pada pukul 4.45 pagi tadi, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 3 petang tadi dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis.

Suspek yang dibawa dari Selangor ke negeri ini dilihat memakai baju festival Bon Odori Johor yang dianjurkan di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Terdahulu, empat suspek kes penculikan Albertine Leo Jia Hui, 6, itu berusia 28 hingga 55 tahun direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button