Anya Taylor-Joy wanita tercantik dunia

Oleh – Syeikh Baran


Anya Taylor-Joy wanita tercantik dunia
Anya Taylor-Joy dianggap wanita tercantik di dunia berdasarkan formula matematik kuno Yunani. – AFP

Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia berdasarkan penilaian formula matematik kuno Yunani, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pelakon filem The Queen’s Gambit berusia 28 tahun itu mendapat markah paling hampir dengan idea kesempurnaan wajah bangsa  Yunani berdasarkan formula yang dikenali sebagai Nisbah Emas.



Nisbah Emas merupakan  persamaan matematik yang direka untuk mengukur kecantikan seseorang wanita atau lelaki.

Mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka Joy adalah antara yang dipetakan dan diukur oleh pakar-pakar bedah kosmetik.

Ia didapati 94.66 peratus sejajar dengan nisbah ideal 1.618 atau turut dikenali sebagai phi dalam huruf Yunani.

 “Anya Taylor-Joy ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur untuk kesempurnaan fizikal.



“Teknik pemetaan komputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu cantik secara fizikal. 

“Teknologi ini berguna semasa merancang pembedahan pesakit,” kata pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr. Julian De Silva. – AGENSI

Berikut adalah senarai 10 wanita tercantik dunia 2024

 



  1. Anya Taylor-Joy
  2. Zendaya
  3. Bella Hadid 
  4. Margot Robbie
  5. Song Hye-kyo
  6.  Beyonce 
  7.  Taylor Swif
  8.  Zhang Ziyi
  9. Alia Bhatt 
  10. Nazanin Boniadi  
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button