DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum

DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum

DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum

 

Pada tahun 2018, dalam PRU 14, Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah berkuasa selama lebih 6 dekad.

Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan tanpa mengharapkan sokongan dari Barisan Nasional dan PAS.



Tetapi kerajaan yang dibina atas mandat rakyat hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja.

Mengapa?

Kerana Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu gagal mengawal dan menasihati beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan supaya berhati-hati dengan isu berkaitan sensitiviti kaum.

Bermula dengan pembunuhan Allahyarham Mohd Adib yang hingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya, sudahkah keadilan diberikan kepada beliau.



Tanpa mengendahkan kemarahan rakyat, pemimpin Pakatan Harapan dari DAP dan PKR terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih memarakkan lagi api perkauman.

Belum reda isu pembunuhan Allahyarham Mohd Adib, sekali lagi pemimpin Pakatan Harapan bermain dengan api perkauman.

Ibarat mencurah minyak ke atas api kemarahan rakyat, isu ICERD pula timbul.

Ini membuatkan parti UMNO dan PAS yang ketika itu adalah pembangkang menyeru rakyat supaya turun ke jalan raya.



Benar, perhimpunan mega rakyat menentang ICERD tidak menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Tetapi ianya telah menjadi bara yang cukup besar dan kuat yang hanya menunggu masa untuk mencipta ledakan kemarahan rakyat.

Pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari DAP ibarat beruk yang mendapat cincin, terus-terusan mempersendakan kemarahan rakyat.

Timbul pula isu abu Chin Peng, isu mahu menukar nama jalanraya, isu menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik, isu lambang bintang pecah lima di Jalur Gemilang dan pelbagai isu lagi.



Akhirnya kerana menerima tekanan dari orang Melayu, Dr Mahathir memulakan Langkah Sheraton.

Apa yang terjadi selepas itu, sudah menjadi sejarah.

Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama, Badi 22 Bulan Belum Berakhir

 

DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum (1)



 

Seakan tidak mahu belajar dari kesilapan silam, pemimpin DAP/Pakatan Harapan sekali lagi menjebakkan diri mereka dalam isu yang berkaitan sensitiviti kaum.

Beberapa orang pemimpin DAP menghadiri majlis sumbangan dana dari syarikat arak kepada sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bertindak pantas dengan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menyiasat perkara tersebut.



Menurut Fadhlina, garis panduan penerimaan dana kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tercatat dengan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya.

Lebih mengejutkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memberikan respon yang boleh memarakkan api kemarahan rakyat.

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.”

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu?”

“Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” kata Anthony Loke.

Adakah Anthony Loke tidak membaca kenyataan yang dibuat oleh Fadhlina?

Penguatkuasaan mengenai penerimaan dana sekolah dikuatkuasakan dari tahun 2018.

Di mana relevannya Anthony Loke membangkitkan isu berkenaan dengan kejadian yang sudah berpuloh tahun berlalu?

Walau bagaimana pun Anthony berkata, beliau akan membawa isu tersebut di dalam mesyuarat kabinet.

Nasihat penulis kepada pemimpin Kerajaan Perpaduan, terutamanya dari DAP, jangan bermain dengan api.

Belajarlah dari kesilapan yang lepas.

 

DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button