Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

Isu Dana Syarikat Arak Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

 

Isu sebuah sekolah vernakular menerima dana dari syarikat arak terus dipolemikkan.

Namun begitu, kerajaan tidak boleh menyalahkan pihak-pihak berkepentingan untuk terus memainkan isu tersebut.



Salahnya adalah di pihak kerajaan sendiri. gagal menangani isu tersebut dengan baik.

Pada 23 Julai 2024, kira-kira pukul 4:18 petang, Malay Mail melaporkan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, tiada pengecualian dalam mematuhi garis panduan penerimaan dana untuk semua sekolah.

“Walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan kementerian.”

“Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.”



“Dan juga sekolah mesti memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.”

“Garis panduan itu kekal,” tegas Fadhlina.

Ironiknya, ketegasan Fadhlina itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Menteri Pengangkutan.

Pada hari yang sama, kira-kira pukul 6:29 petang, Malay Mail sekali lagi melaporkan kenyataan yang bertentangan dari Anthony Loke.



Malah penulis difahamkan, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, juga bersetuju dengan Anthony Loke.

Anthony Loke mendakwa, penerimaan dana dari syarikat arak sudah berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu.

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sejak 30 tahun lalu dan saya juga ada menghadirinya.”

“Jadi esok dalam mesyuarat kabinet saya akan berikan penjelasan juga kepada Jemaah Menteri.”



“Dalam kalangan masyarakat Cina khususnya memang ada penganjuran program ini oleh syarikat-syarikat korporat minuman keras untuk anjurkan konsert-konsert amal.”

“Saya akan meminta supaya garis panduan tersebut diubah ketika mesyuarat kabinet nanti,” tegas beliau.

Adakah ini pertembungan antara Fadhlina dengan Anthony Loke atau pun ianya adalah pertembungan antara PKR dan DAP?

Selesaikan isu tersebut dengan baik dan jangan lupa rakyat sedang memerhati dan pembangkang sedang menanti.



 

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button