Isu Gantung Parlimen Di Era Muhyiddin Di Bawa Ke Mahkamah
Isu Gantung Parlimen Di Era Muhyiddin Di Bawa Ke Mahkamah
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan semakan kehakiman oleh ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim dan Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari.
Mereka memulakan cabaran terhadap nasihat perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yasin kepada YDP Agong supaya parlimen digantung semasa darurat era Covid-19.
Kedua-dua mereka mahu penghakiman mahkamah sivil berhubung kesahihan nasihat Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong yang membawa kepada penggantungan Parlimen semasa era Covid-19 pada 2021.
Parlimen telah mula bersidang dan perintah darurat berkaitan telah ditarik balik dua tahun lalu.
Ia berikutan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang semakin pulih.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar semakan kehakiman.
Ianya berkaitan nasihat yang diberikan oleh perdana menteri kepada Seri Paduka Baginda untuk pengisytiharan darurat.
Nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Hassan dan Aziz memohon perintah mahkamah bahawa keputusan kabinet Muhyiddin menasihatkan YDP Agong adalah menyalahi undang-undang dan tidak berkuat kuasa.
Muhyiddin menasihatkan YDP Agong supaya mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Ordinan itu telah menyebabkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara digantung buat sementara waktu.
Semakan kehakiman itu pada asalnya difailkan di Mahkamah Tinggi pada 2021, oleh Anwar Ibrahim, Johari Abdul, Salahuddin Ayub.
Bagaimanapun, Anwar dan Johari telah menarik diri, manakala Salahuddin meninggal dunia tahun lalu.
Pada 2021, Mahkamah Tinggi menafikan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.
Atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu yang dikaitkan dengan nasihat perdana menteri kepada Seri Paduka Baginda untuk mengisytiharkan Ordinan Darurat.
Semakan itu kini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi, dengan Muhyiddin dan kerajaan dinamakan sebagai responden.
Isu Gantung Parlimen Di Era Muhyiddin Di Bawa Ke Mahkamah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN
- UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda
- Janji Yang Belum Di Tunaikan