Netizen Ucap Tahniah Pada Syasya Rizal
Nampak ‘Baby Bump’ Dan Disangka Bakal Jadi Mama Muda
Netizen Ucap Tahniah Pada Syasya Rizal
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, baru-baru ini memberi bayangan dirinya sedang hamil melalui perkongsian di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Syasya menulis, “Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri. Satu perkara pada satu masa,” yang seolah-olah mengisyaratkan perjalanan baharu dalam hidupnya.
Meskipun Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Syafiqah Shahrizal, 23, tidak memperincikan lebih lanjut mengenai fasa indah tersebut, ramai pengikutnya telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan.
“Saya nampak baby bump la,” tulis seorang netizen, manakala yang lain menambah, “Baby bump ke itu? Alhamdulillah, tahniah kalau betul.”
Pelbagai ucapan tahniah juga mencurah-curah daripada pengikutnya yang mendakwa kelihatan ketara bentuk ‘baby bump’ pada dirinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda
- Janji Yang Belum Di Tunaikan
- BERSATU gagal jadikan “Blackrock” sebagai “1MDB”
Syasya yang melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah Mohd. Sapie dalam majlis tertutup pada 21 April lalu, kini dilihat sedang menikmati fasa baharu kehidupannya. Pernikahan itu diumumkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang menaungi kumpulan Dolla.
Sebelum pernikahannya, Syasya yang juga cucu kepada dramatis Rozie Othman, mencetuskan kejutan apabila mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi pada 8 April.
Keputusan tersebut mengejutkan ramai peminat, namun mereka terus menyokongnya dalam segala keputusan yang dibuat.
Kini, dengan bayangan bahawa Syasya mungkin sedang hamil, pengikutnya terus memberi sokongan dan doa agar segala urusannya dipermudahkan.
Walaupun Syasya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan dan ucapan tahniah dari netizen, ramai yang yakin dan berharap bahawa beliau sedang menantikan kehadiran cahaya mata.