Olimpik Paris: Zii Jia ‘sebenar’ sudah kembali

Olimpik Paris: Zii Jia ‘sebenar’ sudah kembali

Olimpik Paris: Zii Jia ‘sebenar’ sudah kembali
ZII JIA mengakui keyakinan dan dan prestasi terbaiknya sudah kembali untuk mengharungi saingan temasya Olimpik kali ini. – AFP

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia pernah berdepan ‘mimpi ngeri’ sebelum ini apabila kedudukan rankingnya terperosok hingga tangga ke-18 dunia selepas menampilkan aksi tidak menentu.

Dia yang kini menghuni ranking kelima dunia mengakui keliru dengan aksi sendiri, terutamanya pada saingan musim lalu sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada kedudukan kelompok dua terbaik dunia.

Zii Jia menjelaskan, situasi itu merupakan antara detik paling sukar pernah diharungi sepanjang kariernya sehingga menyebabkan dia ragu dengan kemampuan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.



“Bermula pada tahun lalu, saya fikir ia adalah salah satu detik paling sukar dalam karier saya. Ranking saya merudum hampir ke tangga ke-16 atau 17 dari kedudukan kedua terbaik dunia pada ketika itu.

“Pada ketika itu, saya agak keliru kerana merasakan saya mungkin tidak akan layak ke Sukan Olimpik. Saya mengalami pelbagai masalah, terutamanya dengan gaya permainan serta keyakinan diri,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN




Situasi itu sekali gus memaksa Zii Jia untuk ‘bersara’ buat seketika bagi mendapatkan semula keghairahan bermain badminton, lebih-lebih lagi ketika dia tewas seawal pusingan pertama pada Terbuka Indonesia tahun lalu.

Bagaimanapun, detik hitam itu sudah mula dilupakan apabila dia kembali menemui sentuhan sebenar pada saingan musim ini selepas memenangi dua gelaran, iaitu Terbuka Thailand dan Terbuka Australia.

“Selepas tersingkir di pusingan pertama pada Terbuka Indonesia tahun lalu, saya berkata kepada diri sendiri untuk berehat seketika. Saya fikir saya perlu mencari semula keseronokan dalam badminton dan saya gembira kerana dapat mengatasinya,” ujarnya.

Menjelang aksi di Olimpik Paris nanti, Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kalah mati apabila diundi dalam Kumpulan G bersama pemain Sepanyol, Pablo Abian dan Viren Nettasinghe dari Sri Lanka



Olimpik Paris: Zii Jia ‘sebenar’ sudah kembali

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button