Padah tunjuk ‘anu’ pada rakan sekerja, lelaki ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Padah tunjuk ‘anu’ pada rakan sekerja, lelaki ditahan
Gambar Hiasan

Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluan kepada rakan sekerja wanita mengundang padah apabila ditahan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 48 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan pada 12 Julai lalu.



Katanya, kejadian berlaku ketika suspek dan wanita terbabit berada di pejabat mereka di Plaza Putra Ampang, di sini.

“Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 pagi itu semasa wanita berusia 44 tahun itu berada di pejabat, suspek telah membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu hingga menyebabkan mangsa berasa takut dan panik.

“Mangsa kemudian melarikan diri ke kawasan parkir kereta sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, sejurus menahan suspek, pihak polis turut menjalankan ujian air kencing namun mendapati dia negatif dadah.



 

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 26 Julai ini.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button