Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang

Sentiasa Terima Pujian Cantik Bertudung

Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang

Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang

Pelakon popular Nelydia Senrose sekali lagi mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila didakwa sudah tidak lagi bertudung.

Spekulasi ini timbul selepas sepupunya, Aprena Manrose, memuat naik foto percutian mereka di Cameron Highlands yang memperlihatkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik dengan imej baharu.



Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang

Dalam gambar tersebut, Nelydia dilihat menayangkan rambut panjangnya yang berwarna perang di samping suami tercinta.

Perubahan ini mengejutkan banyak pihak, terutamanya netizen yang melihat gambar tersebut melalui ruangan komen di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan penampilan terbaru adik kepada aktres Uqasha Senrose itu, memandangkan Nelydia telah bergelar Hajah.



Beberapa netizen meluahkan rasa kecewa dan memberi nasihat agar Nelydia bermuhasabah dan kembali menutup aurat dengan sempurna.

Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang

 

“Tudung Nelydia sudah terbang? Entah apa lah yang difikirkan, awak sudah cantik bertudung, buka tudung terus nampak tua, awak kejar apa sebenarnya?” komen seorang netizen.



“Orang Palestin tidur pun pakai tudung sebab bimbang mati dalam keadaan tidak menutup aurat, moga Nelydia bermuhasabah diri, dunia ini persinggahan semata-mata, jangan leka dengan godaan syaitan,” tambah seorang lagi pengguna media sosial.

“Ini mesti sebab sendu tiada tawaran sampai sanggup buka tudung, ikut jejak kakak Uqasha tudung terbang entah kemana,” tulis seorang lagi netizen.

Namun, ini bukanlah kali pertama tudung Nelydia ‘terbang’. Sebelum ini, Murai My melaporkan pelakon drama popular “Setia Hujung Nyawa” itu menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan dia tidak lagi manis bertudung.

Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang



 

Pada September tahun lalu, media tempatan turut melaporkan bahawa wanita itu sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan lain di Bangkok, Thailand.

Nelydia difahamkan mula mengenakan hijab sejak 2022. Keputusan untuk berhijab ketika itu mendapat sokongan padu daripada peminat dan rakan-rakan industri.



 

Namun, dengan perkembangan terkini ini, ramai yang berharap Nelydia akan memberikan penjelasan mengenai penampilan terbarunya.

Sebagai seorang selebriti, setiap tindakan dan penampilan Nelydia pasti menjadi perhatian ramai. Diharapkan Nelydia akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan dapat menangani segala spekulasi dengan bijak.

Peminat Kecewa Nelydia Senrose Kini Tayang Rambut Perang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button