Penjawat awam direman tujuh hari kes kemuka maklumat palsu

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam direman tujuh hari kes kemuka maklumat palsu
Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini.

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi maklumat palsu kepada jabatan tempatnya bertugas.

Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini sehingga 30 Julai depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sivil di sini.



Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 7.15 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber berkata, suspek disyaki telah mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi butir matan yang palsu berjumlah lebih kurang RM40,000 kepada jabatan di mana tempatnya bertugas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button