‘Scammer’ terkenal menyamar polis dicekup

Oleh – Syeikh Baran


‘Scammer’ terkenal menyamar polis dicekup
NARONGRIT ditangkap di daerah Takli oleh sepasukan anggota polis. – Foto Khaosod

Polis Thailand menahan seorang ‘scammer’ terkenal yang menyamar sebagai inspektor menerusi platform online, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Narongrit atau Takli White itu dilaporkan sudah memperdayakan orang ramai selama bertahun-tahun. 



Penangkapan lelaki itu dilakukan berikutan beberapa insiden penipuan dan beberapa siri waran tangkap yang telah dikeluarkan.

Dia ditangkap di daerah Takli, wilayah Nakhon Sawan, oleh sepasukan anggota polis. 

Walaupun pernah ditahan sebelum ini, Narongrit masih meneruskan aktiviti penipuannya. 

Dia sering meniru adegan daripada filem Catch Me If You Can yang dibintangi oleh aktor Tom Hanks dan Leonardo DiCaprio untuk menipu anggota penguat kuasa undang-undang.



Salah satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah pada 1 November 2023, menuduh Narongrit melakukan penipuan awam dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer. 

Waran tangkap seterusnya dikeluarkan Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 14 November 2023, yang mendakwanya atas percubaan penipuan, pemalsuan dokumen dan menggunakan dokumen palsu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button