Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Cetus Perhatian! [VIDEO]

“Fuhh Rasa Macam Kat Alam Bunian”

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Cetus Perhatian! [VIDEO]

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Cetus Perhatian! [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Bila Dengar, Rasa Macam Kita Terapung Di Awan”-Netizen

Baru=baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mimpindah26 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 1,844 dan sebanyak 62 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada di sebuah majlis perkahwinan dan menyanyikan lagu daripada Yuna yang berjudul Terukir Di Bintang.

@mimpindah26

#TerukirDiBintang @Siti Nurhaliza 🥰🥰🥰 #sitinurhaliza #ctdk #sitizoner #sitizone



♬ bunyi asal – Mimpi Indah – Mimpi Indah

Rata-rata netizen terpegun melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara Tokti telah kembali dan suaranya kedengaran seperti zaman mudanya dahulu. Tambah mereka lagi, suara tersebut kedengaran semakin lunak dan merdu seolah berada di alam lain.

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Cetus Perhatian! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button