Villa mahukan bintang buangan Atletico
Villa mahukan bintang buangan Atletico
BARCELONA – Harapan bintang Portugal, Joao Felix untuk terus menyarung jersi Barcelona musim depan berkemungkinan besar tidak menjadi kenyataan disebabkan kelab itu kini sedang mengintai pemain lain.
Felix, 24, menghabiskan semusim di Camp Nou sebagai pemain pinjaman daripada Atletico Madrid musim lalu dengan meledak tujuh gol daripada 33 penampilan dalam kempen La Liga.
Biarpun prestasinya tidak begitu memberangsangkan, namun pihak pengurusan The Catalans dikatakan berminat untuk meneruskan khidmat Felix dan bercadang mendapatkannya secara tetap.
Bagaimanapun, keputusan itu berubah selepas pengendali baru Barcelona, Hansi Flick tertarik dengan kemampuan dan potensi ditunjukkan pemain sayap Athletic Bilbao, Nico Williams membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024 bulan ini.
Difahamkan, Barcelona hanya menanti ‘lampu hijau’ daripada La Liga berhubung aspek kewangan pasukan itu dan sekiranya lulus, Williams bakal menjadi pemain baharu kelab berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda
- Janji Yang Belum Di Tunaikan
- BERSATU gagal jadikan “Blackrock” sebagai “1MDB”
Ia bermakna Felix perlu segera mencari rumah baharu memandangkan namanya tiada dalam perancangan pengendali Atletico, Diego Simeone dan hampir pasti bakal meninggalkan kelab itu musim depan.
Buat masa ini, Aston Villa antara yang serius menyatakan minat mereka bagi menguatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Seandainya mahu terus beraksi di pentas tertinggi, Felix perlu bersedia untuk menerima potongan gaji yang banyak kerana Villa dikatakan tidak berkemampuan memenuhi bayaran diterimanya sekarang iaitu £3.44 juta (RM20.79 juta) setahun. – AGENSI
Villa mahukan bintang buangan Atletico
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Mesti Menghormati Isu Berkaitan Sensitiviti Kaum
- Isu Gantung Parlimen Di Era Muhyiddin Di Bawa Ke Mahkamah
- PAS masih teringin bersama UMNO. tapi UMNO tidak mahu ditpu lagi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP