Warga emas berebut suami berguling atas tanah

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas berebut suami berguling atas tanah
Tangkap layar menunjukkan dua wanita itu berguling di atas tanah di tengah-tengah pasar sambil disaksikan orang ramai. – Tribunnews

Perbuatan dua warga emas yang bertengkar sehingga berguling di atas tanah kerana berebut seorang lelaki, mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah pasar yang terletak di Kampung Masalili, Muna, dalam wilayah Sulawesi Tenggara pada Jumaat lalu. 



Dua wanita berkenaan hanya dikenali sebagai WI dan WP. 

Perselisihan itu berlaku apabila suami kepada WI dikatakan berjanji untuk mengahwini WP. 

Bagaimanapun, janji manis itu tidak ditunaikan sehingga membuatkan WP berang. 

Hubungan sulit itu kemudian terbongkar dan diketahui si isteri sehingga kedua-dua mereka menyerang antara satu sama lain di tengah pasar. 



Sebuah klip video memaparkan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mengundang perhatian orang ramai. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button