2 rumah hangus, 16 mangsa hilang tempat tinggal

Oleh – Syeikh Baran


2 rumah hangus, 16 mangsa hilang tempat tinggal
Dua buah rumah di Kampung Bako yang terbakar pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan seramai 16 orang penduduk hilang tempat tinggal.

Seramai 16 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang meranapkan dua buah rumah di Kampung Bako, dekat sini pada awal tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 1.58 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.



“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah terbakar 100 peratus.

“Namun, kesemua penghuni dilaporkan selamat, dengan rumah pertama terdiri daripada 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak manakala rumah kedua didiami dua penghuni iaitu pasangan warga emas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kerja-kerja pemadaman dilakukan bersama-sama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Bako dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 4 pagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button