Guru jual soalan peperiksaan hampir RM1 juta

Oleh – Syeikh Baran


Guru jual soalan peperiksaan hampir RM1 juta
GAMBAR fail menunjukkan para pelajar menjawab kertas soalan di sebuah sekolah di Seoul. – AFP

Polis Korea telah merujuk seorang   guru sekolah menengah kepada pihak pendakwaan kerana membuat soalan peperiksaan kemasukan ke kolej sebelum menjualnya ke sekolah swasta, lapor laman berita The Korea Times kelmarin.

Menurut agensi berita Yonhap, suspek disyaki menjual soalan peperiksaan itu pada harga kira-kira 250 juta won (RM843,975) sepanjang tempoh empat tahun, kata polis.



Pejabat Siasatan Kebangsaan (NOI) di bawah Agensi Polis Negara berkata, pihaknya turut mengesyaki 69 guru lain dan merujuk 24 daripada mereka kepada pejabat pendakwa raya.

Ia adalah sebahagian daripada hasil  siasatan tentang hubungan kartel sulit antara sektor pendidikan awam dan swasta.

Sebanyak 24 kes seumpamanya masih disiasat, kata polis.

Kesemua mereka yang dirujuk kepada pendakwa raya adalah guru sekolah menengah yang mengajar di Seoul.



Mereka didakwa menerima habuan antara 100,000 won (RM337.62) hingga 300,000 won (RM1,012) bagi setiap soalan peperiksaan yang diguna pakai.

Dalam siasatan tersebut, seorang guru sekolah menengah didakwa melanggar akta antirasuah kerana menjual soalan kepada akademi swasta utama pada harga 250 juta won dari 2019 hingga 2023.

Guru itu juga didakwa mengambil bahagian dalam panel semakan untuk salah satu ujian percubaan pada tahun lepas.

Dia disyaki membuat 11 soalan dan menjualnya kepada dua institusi swasta.



Namun, guru itu menafikan melakukan sebarang salah laku. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button