Kedah bimbang ‘dicakar’ Kuching City

Kedah bimbang ‘dicakar’ Kuching City

Kedah bimbang ‘dicakar’ Kuching City
RIZAL berkemungkinan besar terlepas menentang Kuching City malam esok berikutan masalah kecederaan dialami. – FB KDA FC

KETUA Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mahu anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Menurut Nafuzi, pasukan lawan bimbingan Aidil Sharin Sahak itu memiliki elemen kejutan yang mampu membuatkan mereka kecewa di depan penyokong sendiri jika tidak berhati-hati kerana Kuching City telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan terdahulu.

“Mereka berjaya membuatkan Selangor FC berhempas pulas dalam suku akhir Piala FA dan kemudiannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas PDRM FC dalam saingan Liga Super.



“Jadi saya jangkakan pertemuan yang mencabar menentang mereka esok (malam ini). Saya berharap kami dapat meneruskan misi mencari tiga mata untuk menduduki kedudukan lebih baik dalam liga,” katanya.

Mengulas lanjut, Nafuzi menjelaskan dua tonggak di sebelah kanan pasukannya iaitu pertahanan, Rizal Ghazali dan sayap import, Sukhrob Nurulloev mungkin tidak dapat diturunkan berikutan kecederaan dialami ketika menentang JDT dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA pada Jumaat lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP




Begitupun, Nafuzi merasakan ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pasukannya beraksi cemerlang di laman sendiri.

“Kita akan mempersiapkan pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab bagi menggantikan Rizal serta Shukrob (Nurulloev). Saya harap kami memiliki kekuatan seimbang untuk melaksanakan misi ditetapkan secara berpasukan,” katanya.

Kedah bimbang ‘dicakar’ Kuching City

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button