Penjual pisang goreng larikan kanak-kanak tiba di mahkamah untuk didakwa

Oleh – Syeikh Baran


Penjual pisang goreng larikan kanak-kanak tiba di mahkamah untuk didakwa
Suspek ketika tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.

Suspek lelaki berusia 32 tahun itu tiba kira-kira pukul 8.20 pagi dengan menaiki trak polis.



Lelaki berkenaan dijangka didakwa dua pertuduhan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana di sekitar Jeram gempar apabila dua kanak-kanak dilaporkan hilang selepas dilarikan lelaki menaiki Bezza ketika pulang mengaji petang 19 Julai lalu.

Suspek dipercayai berpura-pura bertanyakan alamat dan membawa mangsa bersiar-siar lebih sejam sebelum menurunkan mereka semula di taman perumahan berdekatan.



Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button