Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

Oleh Adam Malik

Titah tambahan – Tengku Zafrul diseru ambil tanggungjawap atau berisiko hadapi makian berjemaah Ahli UMNO.

Dalam satu kenyataan baru baru ini, Datuk Zamil Ibrahim, telah menyeru Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya melaksanakan tugas nya sebagai ahli UMNO yang bertanggung jawap dengan menjelaskan hal titah tambahan Yang DiPertuan Agong.



Ini kerana ,pertama , nama nya telah dipetik oleh mahkamah, dan kedua , akibat Addendum itu telah dibawa kemahkamah dan telah ditolak sebagai “hearsay” maka nama baik Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan juga Naib Presiden UMNO Datuk Wan Rosdy terjejas dan terpaksa menjelaskan kepada seluruh ahli UMNO apa yang terjadi.

Amat tidak wajar untuk Tengku Zafrul berdiam diri begitu sahaja.

Menurut Datuk Zamil , hampir 80% bahagian bahagian UMNO membawa usul berkenaan “addendum” dan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak.

Dijangka wave untuk isu ini akan mendapat momentum yang semakin kuat menjelang perhimpunan Agung UMNO.



Amat tidak adil jika Tengku Zafrul berdiam diri ini kerana ketika Tengku Zafrul menjadi Menteri kabinet Muhyiddin Yassin. TZ sanggup menjadi jurucakap untuk pihak Muhyiddin dan mengaibkan DSNR hal kaitan tanah pilihan DSNR.

Hal sebenar adalah DSNR diberi pilihan tanah dan telah memilih satu, dan cara TZ beri kenyataan DSNR tamak hendakan tanah yang bernilai RM100 juta.

DSNR kemudian mencabar jika benar bernilai RM100 juta, sila jualkan nya dan wang diberi kepada pemohon yang mahukan wang caruman KWSP kerana kesusahan selepas Covid dan darurat panjang ciptaan Muhyiddin.



Selain itu, TZ pernah bantu menjawap isu syarikat Genting Hong Kong dapat wang dari bank Melayu tanpa cagaran.

https://vt.tiktok.com/ZSYvxYW9o/

Begitu jasa TZ untuk pihak Muhyiddin.

Ramai juga ahli UMNO merasa tidak puas hati TZ sentiasa mendapat jawatan tidak kira siapa pun jadi Perdana Menteri.



Paling menjadi bualan adalah ahli UMNO terkejut mendapat tahu TZ adalah ahli UMNO dan mahu bertanding wakili kerusi UMNO sedangkan dengan cara TZ sendiri menonjol sebagai Ahli Parti Bersatu.

Kembali kepada topik, seruan Datuk Zamil harus diambil serius oleh TZ kerana menurut Datuk Zamil TZ berisiko hadapi maki hamun dari ahli UMNO secara berjemaah jika pilih untuk berdiam diri.

Dengan sikap berdiam tidak membantu Presiden dan Naib Presiden dalam hal “addendum” ia menambahkan lagi syak wasangka ahli UMNO terhadap TZ berkenaan hati pihak mana TZ mahu jaga.

TZ sentiasa mendapat kedudukan atas tiket UMNO, ini peluang terbaik balas budi UMNO dan Datuk Najib Razak.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button