Affin Bank sedia bantu PKS Sarawak

Affin Bank sedia bantu PKS Sarawak

Affin Bank sedia bantu PKS Sarawak

AFFIN Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga peserta industri tempatan Sarawak bagi memperluas operasinya untuk melonjakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Tiga peserta itu ialah Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak cawangan Kuching serta Chemsain Sustainability Sdn Bhd.



Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata, kerjasama dengan peserta industri tempatan itu bertujuan menggalakkan transformasi digital dan pertumbuhan mampan di Sarawak.

“Melalui kerjasama ini, kami mahu menyediakan sokongan menyeluruh untuk PKS dalam perjalanan transformasi digital mereka, selain memudahkan akses kepada ekosistem kerjasama, berkongsi sumber perniagaan dan amalan terbaik.

Beliau berkata, perkongsian strategik dengan syarikat itu juga menunjukkan komitmen Affin Bank untuk memperkasakan perniagaan di negeri ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 Sarawak.

MoU itu turut ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Perbankan Perusahaan Kumpulan Affin Bank, Fung Kai Jin; Ketua Pegawai Eksekut SDEC, Sudarnoto Osman; Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak cawangan Kuching, Drahman Jaladin dan Pengerusi Eksekutif Chemsain Sustainablity, John Chan Sung Tong.

 

Affin Bank sedia bantu PKS Sarawak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button