Aksi menentang Indonesia dijangka sengit – Pengurus skuad B-19

Aksi menentang Indonesia dijangka sengit – Pengurus skuad B-19

Aksi menentang Indonesia dijangka sengit – Pengurus skuad B-19
Barisan kejurulatihan skuad B-19 pastinya ada strategi ampuh ketika bertemu Indonesia nanti. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 negara (B-19) bersedia untuk melakar kejutan ke atas tuan rumah, Indonesia menjelang perlawanan separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-19 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya malam esok.

Pengurus pasukan B-19 negara, Mohd Joehari Ayub berkata, barisan pemain kini dalam motivasi terbaik selepas berjaya menjuarai peringkat Kumpulan C dengan mengikat Thailand 1-1 semalam.

Menurut Mohd Joehari, status Sang Garuda selaku pasukan tuan rumah tidak menggentarkan anak-anak buahnya dalam misi mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ini.



“Alhamdulillah, kami dapat melepasi peringkat kumpulan dan apa yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang sejak tiga perlawanan lepas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Mengenai perlawanan bertemu Indonesia, saya rasa di atas kertas, peluang kedua-dua pasukan masih 50-50 kerana percaya barisan pemain kami juga mampu untuk bersaing dengan lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




“Cuma, mungkin mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri tetapi saya percaya pasukan kami sudah bersedia sepenuhnya. Saya jangka perlawanan esok berlangsung cukup sengit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Skuad B-19 negara yang dikendalikan oleh Juan Torres Garrido merupakan juara bertahan selepas mendominasi edisi 2022 dengan menewaskan Laos di pentas final.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Thailand menentang Australia yang turut berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Aksi menentang Indonesia dijangka sengit – Pengurus skuad B-19

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button