Bina dulu baru jual

Bina dulu baru jual

Bina dulu baru jual
PEMAJU di Malaysia mengamalkan skim ‘jual kemudian bina’ (STB) iaitu rumah dijual dan bayaran kemajuan dikutip semasa pembinaan berjalan.

KHAZANAH Research Institute (KRI) mencadangkan peralihan kepada skim pembelian rumah ‘bina dan jual’ di Malaysia, iaitu pemaju perlu menyiapkan projek perumahan sebelum dijual bagi melindungi kepentingan pengguna.

Pengarah penyelidikannya, Dr Suraya Ismail berkata. di bawah sistem itu, pembeli rumah tidak akan menanggung risiko komersial dan masalah yang berkaitan dengan pembangunan perumahan itu.

“Negara Asia Tenggara yang lain sudah melaksanakan perlindungan pengguna terhadap kecuaian pemaju. Bagaimanapun, kita kekurangan akta perlindungan pengguna yang serupa di Malaysia,” katanya dalam Webinar KRI The Financialisation and Commodification of Our Homes, di sini, kelmarin.



Pemaju di Malaysia mengamalkan skim ‘jual kemudian bina’ (STB), iaitu rumah dijual dan bayaran kemajuan dikutip semasa pembinaan berjalan.

Suraya juga menggesa pihak-pihak yang berkaitan menjadikan harga rumah di Malaysia benar-benar mampu milik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




Menurut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dan pengiraan oleh KRI, harga rumah median meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 23 peratus dari RM170,000 kepada RM270,000 antara 2012 dan 2014.

Beliau berkata, pasaran perumahan secara konsisten mencatat skor atas 3.0 (ambang mampu milik), menunjukkan yang ia ‘sangat tidak mampu milik’.

Sebaliknya, pendapatan isi rumah median meningkat pada CAGR yang lebih perlahan sebanyak 11.7 peratus, kurang daripada separuh kadar peningkatan harga rumah.

Memetik laporan Bank Negara Malaysia, beliau berkata nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada 67.2 peratus pada 2002 kepada 84.2 peratus pada 2023.



Suraya menambah, jumlah pinjaman sektor isi rumah berkembang secara konsisten sepanjang tahun, meningkat daripada RM332 bilion pada 2006 kepada RM1.26 trilion pada 2023.

“Pinjaman perumahan membentuk bahagian terbesar daripada jumlah pinjaman isi rumah, meningkat daripada 36 peratus pada 1997 kepada 60.5 peratus pada 2023, diikuti oleh pinjaman untuk kenderaan motor dan pinjaman peribadi,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya menghentikan pinjaman perumahan dengan tempoh yang panjang, seperti yang melebihi 35 tahun atau pinjaman antara generasi.

“Semakin panjang tempoh pinjaman perumahan, semakin banyak harga rumah meningkat disebabkan oleh pembiayaan. Mengurangkan tempoh pinjaman perumahan menjadikan harga rumah lebih mampu milik dan mewujudkan kenaikan harga mampan di pasaran,” tambahnya.



Bina dulu baru jual

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button