Ditipu ‘polis’ dakwa terlibat wang haram

Oleh – Syeikh Baran


Ditipu ‘polis’ dakwa terlibat wang haram
Gambar Hiasan

Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, wanita warga emas berusia 67 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis.



“Suspek kemudian mendakwa pesara itu kononnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan diminta memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza diberikan suspek atas alasan bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun wanita itu berasa sangsi dan menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya serta membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dimana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga dikenakan denda.

“Pihak polis menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan.



“Orang ramai juga perlu sentiasa mengikuti nasihat di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok bagi mendapat maklumat operandi scammer,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button