Dituduh cederakan kekasih dengan pisau

Oleh – Syeikh Baran


Dituduh cederakan kekasih dengan pisau
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas pertuduhan mencederakan kekasihnya menggunakan pisau. – Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan kekasihnya menggunakan pisau di sebuah apartmen di daerah ini, Isnin lalu.

Tertuduh, R. Thava Murali Tharan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.



Lelaki itu didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 28 tahun dengan sebilah pisau yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian. Kesalahan dilakukan pukul 11.30 malam di sebuah apartmen pada 22 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal tidak menawarkan sebarang jaminan, namun jika mahkamah membenarkan permohonan itu tertuduh perlu dikenakan jaminan yang tinggi selain tidak dibenarkan mengganggu pengadu atau saksi sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Adam Hasan memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya bekerja sebagai pengawal keselamatan selain menjaga ibunya yang sakit jantung.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button