Dua lelaki bantu along pasang iklan didenda RM3,000

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki bantu along pasang iklan didenda RM3,000
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membantu aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along, minggu lalu. – Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Dua lelaki didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu aktiviti along, minggu lalu.

Tertuduh, R Logeswaran, 25, dan V Rajasingam, 22, yang berasal dari Sepang, Selangor mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.



Majistret menetapkan tiga bulan penjara sekiranya mereka gagal menjelaskan denda.

Mereka berdua didakwa membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan memasang banting berkaitan pinjaman tersebut pukul 2.40 petang di Jalan Pasar Pekan Lukut pada 18 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap anggota Balai Polis Lukut semasa tugasan ronda cegah jenayah khas sewaktu menjalankan pemasangan banting pinjaman wang tanpa lesen pada papan tanda jalan di pasar tersebut.

Pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan yang digunakan dan polis merampas antaranya banting tertera tulisan pinjaman berlesen dan tali yang mengandungi 90 unit banting tertera tulisan sama.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button