Dua pegawai Imigresen dituduh seludup migran Vietnam

Oleh – Syeikh Baran


Dua pegawai Imigresen dituduh seludup migran Vietnam
Gambar Hiasan

Dua pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menyeludup tiga warga Vietnam dan bersubahat bagi tugasan itu di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bulan lalu.

Tertuduh Nasrullah Abu Bakar, 26, dan Mohamad Hafiz Mohamad Amir, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.



Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nasrullah didakwa sebagai penjawat awam menyeludup masuk Phong Thị Ngọc Sui, Nguyen Hoai Hung dan Tran Thi May seterusnya melakukan kesalahan mengikut subseksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Mohamad Hafiz yang bersubahat dengan Nasrullah dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama subseksyen 26B(d) ATIPSOM 2007.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter ketibaan sempadan Terminal 2 KLIA, Sepang kira-kira pukul 4.40 petang pada 30 Jun lalu.



Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman dan Nurul A’in Abu Bakar memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu tidak dibantah Peguam Muhammad Syawal Mohd. Razak dan T. Harpal Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan pemindahan kes tersebut dengan permohonan ikat jamin akan dibuat di Mahkamah Tinggi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button