Gelagat Aina Abdul Terlupa Lirik Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Comel Tapi Lucu, Berdekah Aku Gelak”

Gelagat Aina Abdul Terlupa Lirik Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Gelagat Aina Abdul Terlupa Lirik Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau. Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.



Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.

“Alarm Nya Berbunyi Boleh Lah Aina, Esok Nak Kerja Kan Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ainaxvocals yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumalh tontonan sebanyak 6,977 serta sebanyak 739 tanda suka dan sebanyak 51 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aina Abdul yang sedang menyanyikan lagu daripada Wany Hasrita yang berjudul ‘Menahan Rindu’. Namun, apa yang menarik perhatian adalah telatah Aina Abdul apabila terlupa lirik ketika menyanyikan lagu tersebut.

@ainaxvocals



She memandai ubah lirik ek😂 #ainaabdul #core #fyp

♬ original sound – AinaxVocals – AinaxVocals

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa reaksi Aina Abdul apabila terlupa lirik sangat comel dan membuatkan ramai terhibur mendengar nyanyiannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



Gelagat Aina Abdul Terlupa Lirik Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button