Gerai penjaja warga asing disita DBKL

Oleh – Syeikh Baran


Gerai penjaja warga asing disita DBKL
Antara gerai yang disita pihak penguat kuasa DBKL di Bandar Tun Razak semalam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan kompaun dan melaksanakan sitaan terhadap penjaja tanpa lesen serta penjaja warga asing di sekitar Jalan Budiman 26/17A, Jalan Tasik Utama 4 dan 5, serta Jalan Tasik Permaisuri 3, Bandar Tun Razak, di sini semalam.

DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka berkata, operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat DBKL cawangan Bandar Tun Razak.



“Melalui rondaan dan pemantauan yang dijalankan, pelbagai kesalahan dikenal pasti termasuk bertindak sebagai penjaja tanpa lesen; meletak kerusi, meja serta peralatan di laluan awam; dan meletakkan kenderaan di atas siar kaki.

“Tindakan kompaun serta sitaan dilaksanakan bawah peruntukan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, UUK 3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Katanya lagi, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri tindakan khas di 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button