Haram judi, saya tidak akan undur selangkah – Sanusi

Oleh – Syeikh Baran


Haram judi, saya tidak akan undur selangkah – Sanusi
Muhammad Sanusi.

Langkah yang diperkenalkan kerajaan negeri Kedah pada 1 Januari 2023 untuk mengharamkan kegiatan judi di negeri tersebut akan terus dilaksanakan bagi memastikan rakyatnya tidak terjerumus dalam lembah kemungkaran.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman sosial Facebooknya hari ini mengulangi ketegasan kerajaan negeri tersebut bahawa matlamat larangan premis judi adalah untuk kesejahteraan semua rakyatnya.



Jelas Sanusi, perkara tersebut adalah antara langkah yang diteliti sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan dalam memastikan rakyat bebas daripada gejala-gejala negatif yang merosakkan pemikiran dan akal.

“Kita sudah beri tempoh masa yang sudah lama, selama setahun untuk premis dan syarikat judi yang terlibat mencari perniagaan baharu yang tidak berkaitan dengan perjudian untuk mereka laksanakan.

“Matlamat kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini, bukannya bertujuan untuk menyekat sesiapa. Tiada apa, perjuangan masih panjang, Insya-Allah, perjuangan diteruskan selangkah pun tidak akan berundur,” katanya.

Tambah Sanusi, larangan tersebut dikuatkuasakan di bawah undang-undang kecil kerajaan tempatan melibatkan 45 premis dan pemiliknya telah beri tempoh yang cukup lama lebih kurang setahun untuk mencari perniagaan lain yang lebih sesuai dengan tidak lagi bergantung kepada aktiviti perjudian.



“Tujuannya ialah supaya mereka ada masa yang cukup untuk memikirkan perniagaan lain, matlamat kita ialah membendung gejala sosial, banyak kerosakan masyarakat berpunca daripada judi seperti kehancuran rumah tangga, penderaan mental dan fizikal terhadapi isteri dan anak-anak.

“Buklan itu sahaja, ia juga boleh melibatkan tentang pengabaian, rasuah, mencuri, pecah amanah dan ini semua ternyata yang merosakkan akal kita,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button