Jalin hubungan dengan adik suspek punca Naufal dibunuh

Jalin hubungan dengan adik suspek punca Naufal dibunuh

Jalin hubungan dengan adik suspek punca Naufal dibunuh
Ramasamy (dua dari kanan) menunjukkan ketiga-tiga gambar dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan anak kepada pemilik restoran ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

SANDAKAN – Perselisihan faham dipercayai menjadi motif pembunuhan anak pemilik restoran yang mayatnya ditemui dalam kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, berdasarkan siasatan mangsa dikatakan menjalinkan hubungan dengan adik kepada suspek utama dikenali Mohd Jasmin Rusman atau Achok, berusia 24 tahun.

“Mangsa dan suspek dipercayai mempunyai perselisihan faham. Mereka dikatakan bertemu di bandar Sandakan kira-kira pukul 4 pagi, hari terakhir mangsa dilihat.



“Pertemuan dipercayai bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini.

Ramasamy berkata, suspek pertama berbangsa Bugis dan suspek kedua kes dikenal pasti Mohammad Zulfaizzie Hanafie Mohd Firdaus, 24, berbangsa Iban.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




“Suspek ketiga hanya dikenali sebagai Komeng berumur 20an. Kedua-dua suspek ini dikenal pasti merupakan rakan kepada Achok dan ketiga-tiga mereka sedang diburu ekoran dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan.

“Namun, setakat ini polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun yang juga bekas isteri kepada Achok untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ramasamy berkata, pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang kesan terbakar pada mangsa dan polis turut tidak menemui sebarang senjata untuk membunuh mangsa.

Sementara itu, beliau memaklumkan proses bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan pada esok.



Terdahulu, mayat mangsa dipercayai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemukan kereta pacuan empat roda miliknya yang dalam keadaan hangus dibakar dalam kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang kira-kira pukul 11 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Jalin hubungan dengan adik suspek punca Naufal dibunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button