Liga Super: Perak FC tumpaskan Kelantan Darul Naim FC 3-1

Liga Super: Perak FC tumpaskan Kelantan Darul Naim FC 3-1

Liga Super: Perak FC tumpaskan Kelantan Darul Naim FC 3-1
Pemain tengah KDN FC, Muhammad Asraf Aliffuddin Yasin (dua dari kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Perak FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) gagal mencipta kemenangan di gelanggang sendiri selepas tewas kepada 1-3 kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Perak FC yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah mula mendominasi perlawanan ketika aksi memasuki minit ke-30 manakala Sang Kijang Hijau lebih banyak berkubu di hadapan gawang mereka.

Kapten Perak, Luciano Guaycochea mencemaskan kem tuan rumah apabila bola lencong dari sepakan percumanya hampir menerjah penjuru kiri gawang pada minit ke-32, namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol KDN FC, Khatul Anuar Md. Jalil.



Kealpaan tuan rumah dihukum dengan gol pembukaan pasukan pelawat melalui rembatan leret Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-43 bagi memastikan Perak berada di hadapan dengan jaringan 1-0 sebelum melangkah masuk ke bilik persalinan.

Bermula babak kedua, skuad The Bos Gaurus terus mendominasi perlawanan manakala pasukan tuan rumah terus berusaha mencari gol penyamaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




Kem tuan rumah menerima padah apabila pemain pertahanan, Muhammad Mohd. Fauzi menjatuhkan pemain Perak FC di dalam kotak penalti pada minit ke-55 sekali gus membolehkan pelawat dihadiahkan sepakan penalti.

Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh Luciano apabila memastikan sepakannya tepat menerjah gawang KDN FC pada minit ke-57 sekali gus melebarkan jurang jaringan kepada 2-0.

Perak FC menambah derita KDN FC apabila rembatan deras Luciano merobek gawang tuan rumah untuk gol ketiga pelawat sekali gus menggandakan koleksi jaringan peribadinya sebelum KDN memperoleh gol sagu hati hasil rembatan pemain gantian, Muhammad Syahir Ab. Rashid pada minit ke-85.

Malam gemilang Luciano bagaimanapun sedikit terencat apabila dia diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman setelah menerima layangan kad kuning kedua akibat melambat-lambatkan perlawanan.



Jaringan 1-3 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan dan keputusan itu meletakkan Perak FC di tangga kesembilan Liga Super manakala KDN FC kekal di kedudukan kedua tercorot. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Perak FC tumpaskan Kelantan Darul Naim FC 3-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button