Rakaman pernyataan ibu bapa Zayn Rayyan antara dokumen diterima peguam

Oleh – Syeikh Baran


Rakaman pernyataan ibu bapa Zayn Rayyan antara dokumen diterima peguam
Zaim Ikhwan dan Ismanira hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi proses mendengar prosiding sebutan kes Zayn Rayyan, hari ini. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Pihak pendakwaan sudah menyerahkan sebahagian besar dokumen perbicaraan kepada pasukan peguam termasuk penyataan yang direkodkan daripada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Mateen serta gambar-gambar tempat kejadian berkaitan kes pengabaian kanak-kanak autisme itu.

Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bagaimanapun laporan forensik dan salinan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masih belum diberikan kepada pasukan pembelaan kerana masih dalam peringkat penyediaan.



Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon satu lagi tarikh sebutan bagi membolehkan baki dokumen itu diserahkan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 18 September ini untuk status penyerahan dokumen.

Sementara itu, peguam Fahmi Abd. Moin ketika ditemui pihak media sejurus selepas mahkamah menamatkan sidangnya berkata, selain pernyataan kedua-dua tertuduh gambar tempat kejadian, pihaknya juga telah menerima laporan doktor berkaitan kes berkenaan.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira dituduh mengabaikan kanak-kanak autisme itu di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.



Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button