Saya bukanlah peguam sesuai untuk kes ini – Mahmud Jumaat

Oleh – Syeikh Baran


Saya bukanlah peguam sesuai untuk kes ini – Mahmud Jumaat
MAHMUD

Peguam Mahmud Abdul Jumaat memaklumkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Mateen, 6, yang mati 6 Disember tahun lalu.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut sebelum sebutan semula kes pengabaian ke atas Allahyarham Zayn Rayyan hari ini.



“Saya rasa, saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini.

“Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.



Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button