SINDIKET scamme r jerat mangsa melalui iklan jualan telefon pintar yang tidak wujud

Betul ke harga hanya RM350?

SINDIKET scamme r jerat mangsa melalui iklan jualan telefon pintar yang tidak wujud

SINDIKET scamme r jerat mangsa melalui iklan jualan telefon pintar yang tidak wujud

Kuala Lumpur: Tidak mustahil beribu mangsa sudah ditipu sindiket ini yang menawarkan beratus model telefon pintar jenama terkemuka pada harga tidak masuk akal di laman sosial.

Sindiket scammer yang menyamar sebagai syarikat pajak gadai ini didapati menggunakan platform Telegram untuk menjerat mangsa melalui pelbagai iklan jualan telefon pintar yang tidak wujud.



Berdasarkan pemantauan, sindiket ini menggunakan alasan kononnya telefon pintar itu terpaksa dilelong berikutan pemiliknya gagal melunaskan hutang pinjaman dan ansuran di kedai pajak gadai berkenaan.

Mendakwa kononnya perniagaan itu dijalankan dengan penuh etika dan jujur, sindiket memberi alasan telefon pintar itu terpaksa dijual bagi menampung sebahagian dana dipinjam oleh pelanggannya,

Mengguna pakai nama kumpulan ‘Pajak Go Phone Shop’, sindiket didapati aktif mengiklankan pelbagai model telefon pintar termasuk tablet dan komputer riba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




Wartawan yang menyamar bagi mengetahui modus operandi sindiket ini mendapati pengelola kandungan (admin) di Telegram itu hanya akan mula beroperasi antara jam 9 pagi hingga 9 malam.

Terdapat lebih 7,400 ahli dalam kumpulan Telegram itu dan bilangannya didapati bertambah setiap hari. Ini antara perbualan wartawan dengan scammer.

Wartawan: Saya berminat nak beli telefon Iphone ditawarkan?



Scammer: Model yang mana satu awak pilih dalam katalog Telegram kami?

Wartawan: Saya nak beli Iphone 11 Pro Max. Betul ke harga hanya RM350? Bukankah harga asal lebih RM5,000.

Scammer: Kami memang tawar harga lebih murah dari pasaran. Ini barang second hand (terpakai). Ada macam macam model lain awak boleh pilih…ada Samsung Galaxy S23 pada harga RM400, iPhone 15 Pro Max harga RM300, Samsung Galaxy Z Fold berharga RM650, Vivo X90 Pro dilelong pada harga RM300.

Wartawan: Saya berminat , tapi bila boleh dapat? boleh COD (cash on delivery) tak? awak hantar ke rumah saya dan saya bayar tunai?



Scammer: Awak cuma perlu bayar harga wang tebusan dan telefon pintar ini jadi milik awak. Kami tak boleh COD sebab syarikat kami di Kota Kinabalu, Sabah. Awak transfer (pindahkan) duit dan barang akan sampai dalam tempoh sehari hingga lima hari bekerja. Kami guna khidmat syarikat kurier.

Wartawan: Macam mana saya nak pastikan awak tak tipu?

Scammer: Kalau tak percaya, awak boleh pergi terus ke syarikat kami di Block H, Lorong KK Taipan 3, Inanam New Township, Kota Kinabalu Sabah. Saya jamin, ini bukan tipu.

Wartawan: Saya setuju beli.. Bila boleh hantar?



Scammer: Awak isi borang dahulu, hantar screenshot produk yang awak mahu, transfer duit dalam akaun bank. Kemudian hantar bukti resit pemindahan wang dan tunggu barang sampai ke rumah. Jangan risau, kami ikut kod etika Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia (MPBA) dan ada lesen rasmi daripada kerajaan.

Namun sesuatu yang melucukan wartawan apabila scammer yang dihubungi itu gagal memberikan nombor telefon pejabat selain menggunakan bahasa sukar difahami ketika berurusan di media sosial.

Antara perkataan aneh digunakan adalah ‘bayaran ke bendahari dewan lelong’, ‘batas order pukul 20 pm’, ‘pengecut SIM’, ‘kaca terbaja percuma’, ‘kesihatan bateri penyok’ dan pelbagai ayat sukar difahami.

Lebih menimbulkan syak wasangka apabila scammer turut mendakwa ada melelong emas melalui akaun palsu dihasilkan.



Sementara itu penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, scammer di laman sosial Telegram menggunakan tawaran menarik, menjanjikan pinjaman tunai cepat atau harga yang menarik untuk barang berharga seperti perhiasan, elektronik, atau barang mewah.

SINDIKET scamme r jerat mangsa melalui iklan jualan telefon pintar yang tidak wujud


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button