Suami isteri maut kereta dirempuh trak pikap langgar lampu isyarat merah

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri maut kereta dirempuh trak pikap langgar lampu isyarat merah
KEADAAN sebuah kereta yang dirempuh sebuah trak pikap dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran lampu isyarat laluan LTU Raub malam tadi.

Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Kilometer 350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan melalui susur keluar laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) ke Dong di sini.



“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat hijau tiba-tiba datang trak pikap dari arah Lipis melanggar kereta dinaiki mangsa.

“Akibat kemalangan pemandu kereta dan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anaknya mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Shahril, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu trak pikap yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button