Tunku Azizah Cemar Duli Ke Rumah Maria Tunku Sabri [VIDEO]

Curi Perhatian Netizen!

Tunku Azizah Cemar Duli Ke Rumah Maria Tunku Sabri

Tunku Azizah Cemar Duli Ke Rumah Maria Tunku Sabri

Pelakon, Sharifah Shahora meluahkan rasa teruja apabila dapat merasa air tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli ke kediaman personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri, baru-baru ini.

Sharifah Shahora menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan gelagat Tunku Azizah beraksi di dapur rakan karibnya itu selain memuji sikap Baginda yang sangat menyenangkan serta bersahaja.



“Baru-baru ini kami menerima kunjungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di kediaman Maria Tunku Sabri dan Tunku sempat meluangkan masa masak menu air tangan dari Tunku.

Tunku amat menyenangkan dan bersahaja. Cuma patik bertiga yang konon control ‘ayu’.”-kapsyen Sharifah Shahora di TikTok

@sharifahshahora

Baru baru ini, Kami bertiga Menerima kunjungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah dikediaman Maria T Sabri dan Tuanku sempat meluangkan masak menu air tangan dari Tuanku. Tuanku amat menyenangkan dan bersahaja 🙏🏻 cuma patik bertiga yang konon kontrol ‘ayu’ 😀 #tuankuampuanpahang @mariajjcm @Sheila Rusly



♬ Sireh Pinang – Siti Nurhaliza

“Bertuahnya Dapat Rasa Air Tangan Tengku Ampuan Pahang…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira malah ramai yang menyifatkan pelakon dan personaliti televisyen ini cukup bertuah kerana berpeluang bertemu bersama Baginda.

“Tengku Ampuan Pahang vibes mak-mak mentua yang baik, ramah gitu.”

“Wah eksklusifnya. Rezeki 3 sis ini bertemu Tengku Ampuan Pahang.”



“Bertuahnya rasa air tangan Tengku Ampuan Pahang.”

“Beruntungnya sis dapat berjumpa Tengku Ampuan Pahang.”

“Untunglah, saya rakyat Pahang sendiri pun tak dapat macam ni.”

“Tengku Ampuan boleh lepak-lepak, makan-makan macam kawan-kawan je.”



“Wah rezeki sangat bukan calang-calang ni boleh jumpa siap masak, makans emeja.”

“Untung lah dapat tetamu istimewa datang ke rumah.”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button