Bintang Sporting calon pilihan Manchester United

Bintang Sporting calon pilihan Manchester United

Bintang Sporting calon pilihan Manchester United
HJULMAND menjadi salah satu pilihan United sekiranya mereka gagal mendapatkan khidmat Ugarte. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Sporting Lisbon, Morten Hjulmand biarpun perlu berbelanja sebanyak £67.5 juta (RM405.40 juta).

Tumpuan United teralih kepada Hjulmand selepas mereka berdepan kesukaran untuk memeterai perjanjian dengan Paris Saint-Germain bagi mendapatkan khidmat Manuel Ugarte walaupun terma peribadi sudah dipersetujui.

Perkembangan itu menyebabkan United cuba mencari alternatif lain dengan Hjulmand muncul sebagai calon terbaik ketika dia sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford selepas pasukan pemantau bakat kelab itu sudah lama mengikuti perjalanan kariernya



Pemain berusia 25 tahun dipercayai memiliki klausa pelepasan pada nilai berkenaan dan United sedia menggunakan klausa berkenaan sekiranya rundingan untuk mendapatkannya pada harga yang lebih murah tidak berjaya.

Hjulmand turut mendapatkan sokongan kapten United, Bruno Fernandes yang mengakui sangat meminati gaya permainan bintang Denmark berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




“Saya sangat menggemari cara permainan pemain tengah Sporting. Saya sukakan Hidemasa Morita dan juga Hjulmand. Mereka adalah pemain penting buat Sporting untuk menjadikan mereka stabil di bahagian tengah,” kata Fernandes.

Berdasarkan laporan, PSG kekal dengan pendirian hanya akan melepaskan Ugarte dengan nilai £58.86 juta (RM353.51 juta), namun United menilai pemain itu pada harga yang lebih rendah. – AGENSI

Bintang Sporting calon pilihan Manchester United

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button