Manchester City letak tanda harga buat Alvarez

Manchester City letak tanda harga buat Alvarez

Manchester City letak tanda harga buat Alvarez
Julian Alvarez.

MANCHESTER – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City meletakkan tanda harga asas sebanyak £60 juta (RM360.36 juta) untuk bersetuju melepaskan penggempurnya, Julian Alvarez.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah dua musim bersama The Citizens dan meledak 19 gol untuk skuad kendalian Pep Guardiola, namun nilai berkenaan adalah asas dan akan dimasukkan beberapa terma lain.

Alvarez membuat 54 penampilan dalam semua pertandingan dan muncul pemain kelapan yang mendapatkan minit permainan lebih banyak sepanjang musim lalu, namun pemain antarabangsa Argentina dipercayai mahu mendapatkan peluang lebih besar.



Bagaimanapun, City tidak mahu melepaskan pemainnya dengan mudah apabila menuntut nilai sebanyak £17 juta (RM102.10 juta) sebagai tambahan kepada nilai asas berkenaan untuk merelakan pemain itu pergi.

Beberapa laporan turut menyebut bahawa keluarga Alvarez lebih selesa untuk memilih berhijrah ke tempat yang memiliki cuaca dan suhu yang lebih panas berbanding di Manchester.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




Perkembangan itu menyebabkan Atletico Madrid cuba mengintai peluang, tetapi tidak sanggup melunaskan permintaan nilai perpindahan tersebut sekali gus mengaitkan Alvarez dengan dua lagi pasukan di EPL.

Chelsea dilapor turut mempertimbangkan untuk mendapatkan Alvarez, manakala pengendali Arsenal, Mikel Arteta cukup berminat dengan pemain berkenaan yang dianggap sebagai pelengkap untuk mereka menyaingi City memburu kejuaraan EPL musim depan. – AGENSI

 

Manchester City letak tanda harga buat Alvarez

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button