Olimpik Paris: Zii Jia sudah sedia gegarkan Olimpik

Olimpik Paris: Zii Jia sudah sedia gegarkan Olimpik

Olimpik Paris: Zii Jia sudah sedia gegarkan Olimpik
ZII JIA bakal turun ke gelanggang untuk aksi pertama di temasya Olimpik dengan menentang pemain Sri Lanka bagi Kumpulan G. – OCM

JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat penampilan kedua di Sukan Olimpik dilihat bersemangat ketika dalam persiapan menghadapi cabaran pertama di Paris petang ini.

Pada edisi lalu di Olimpik Tokyo 2020, juara All England 2021 itu tumbang pada aksiperingkat 16 terakhir di mana dia tumpas di tangan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long.

Bagaimanapun, edisi 2024 kali ini, pemain berusia 26 tahun itu turun di Paris dengan persiapan terbaik setelah memenangi dua kejohanan Terbuka Thailand dan Terbuka Australia.



Menjelang pertembungan peringkat Kumpulan G tersebut, pemain ranking ketujuh dunia itu membawa misi memburu impian menjelmakan pingat emas di pentas Olimpik.

“Hari yang dinantikan akhirnya tiba, masa untuk capai impian itu. Impian yang selalu saya impikan dan saya cuba menjadikannya realiti setiap hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.



 

“Impian yang tidak lagi takut untuk saya hadapi dan ia adalah impian yang perlu direalisasikan. Untuk keluarga, negara dan demi Jalur Gemilang berkibar tinggi di langit,

“Lagu Negaraku akan didengari seluruh dunia dan impian tersebut adalah memburu pingat emas Olimpik,” kata Team Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi kenyataan dimuat naik di laman X pasukan itu semalam.

Di atas kertas, Zii Jia diramal tidak berdepan masalah untuk muncul juara Kumpulan G apabila akan berdepan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe serta pemain Sepanyol, Pablo Abian sekali gus melangkah ke pusingan 16 terakhir.



Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dijangka menantinya dalam perebutan tiket ke suku akhir.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button