20 warga asing bertempiaran lari asrama pekerja terbakar
Oleh – Syeikh Baran
Kira-kira 20 warga asing berlari menyelamatkan diri apabila asrama pekerja yang mereka diami musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.25 pagi di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan dibantu BBP Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus dan operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran. Punca kebakaran berlaku masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE