Chegu Bard ditahan polis, berkait dakwaan rasuah TLDM – Peguam

Oleh – Syeikh Baran


Chegu Bard ditahan polis, berkait dakwaan rasuah TLDM – Peguam
Chegu Bard.

Aktivis pembangkang, Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ditahan oleh pihak polis ekoran dakwaannya mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Chegu Bard, Mohd Rafique Rashid Ali yang memaklumkan penahanan itu dilakukan pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.



Katanya, Chegu Bard disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Sekyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan adalah berkaitan pendedahan Chegu Bard atas dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tertinggi TLDM.

“Pihak polis juga mengesahkan permohonan reman akan dibuat pagi esok di hadapan Majistret, Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Chegu Bard mendakwa polis menyerbu rumahnya pada Jumaat namun beliau tiada di rumah kerana berada di Tambun.



Beliau mendakwa tindakan itu susulan catatannya di Facebook yang mendedahkan dokumen sulit berhubung kegiatan rasuah membabitkan pegawai tinggi kanan TLDM.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button