Hizafiq palsukan dokumen RM3.8 juta

Oleh – Syeikh Baran


Hizafiq palsukan dokumen RM3.8 juta
MUHAMAD HIZAFIQ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini kerana palsukan dokumen bernilai RM3.8 juta.

Seorang setiausaha syarikat perladangan kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini,atas pertuduhan memalsukan dokumen pada tahun 2021.

Tertuduh, Muhammad Hizafiq Harryzan, 36, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.



Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Hizafiq didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung Cadangan Bayaran Dividen Dengan kadar 82.06 peratus iaitu sebanyak RM3,818,227.50.

Cadangan Bayaran Elaun Pengarah dan Cadangan Bayaran Insentif kepada Setiausaha Syarikat dan Pegawai Akaun itu dibuat bagi tahun berakhir 31 Mei 2021.

Tertuduh dipercayai melakukan kesalahan itu di Jalan Bukit Timbalan, di sini antara Ogos hingga Disember 2021 dan disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dan tarikh 3 September depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button