Izreen Azminda Mengharapkan Bayi Perempuan Untuk Seterusnya

“Insyallah Next Ada Rezeki Lagi” – Selamat Bersalin Anak Lelaki

Izreen Azminda Mengharapkan Bayi Perempuan Untuk Seterusnya

Izreen Azminda Mengharapkan Bayi Perempuan Untuk Seterusnya

Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini ada memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya mengenai kelahiran bayinya yang keempat.

Lahir Anak Keempat

Dia dan suami memilih nama Andika Yusuf untuk anak keempatnya itu yang baru dilahirkan di sebuah pusat perubatan pada 24 Julai lalu.



Izreen turut memuat naik gambar Andika Yusuf di Instagram tetapi menutup bahagian muka dengan simbol cinta (love).

Kehadiran Andika Yusuf dengan berat 3.02 kilogram sekali gus menambah bilangan lelaki dalam rumah tangganya dengan pemuzik bebas Ude.

Assalamualaikum semua, saya Andika Yusuf, lahir 24/7/24 dengan berat 3.02 kg. Saya boy tau!

Mengharapkan Kehadiran Cahaya Mata Perempuan

Izreen Azminda Mengharapkan Bayi Perempuan Untuk Seterusnya
via Instagram Izreen Asminda
Dalam pada itu, Izreen seakan mengharapkan kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya dan sempat berseloroh berkenaan perkara ini.

Yang mana auntie-auntie yang teka girl tu takpe…mama saya aminkan jer…insya Allah next ada rezeki lagi.



Diruangan komen, warga net dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan anak Izreen tersebut.

Sekadar rekod, perkahwinan dengan Izreen dan Ude telah dikurniakan dua anak iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Sebelum ini perkahwinan pertamanya dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar.

Izreen Azminda Mengharapkan Bayi Perempuan Untuk Seterusnya

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button