Jambatan kereta api bernilai RM16 juta dilarikan pencuri

Oleh – Syeikh Baran


Jambatan kereta api bernilai RM16 juta dilarikan pencuri
LOKASI jambatan keluli seberat 60 tan yang hilang di Wilayah Ryazan. – Foto Tangkap Layar/Baza Telegram

Pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang di Russia menyiasat kes kecurian sebuah jambatan kereta api logam yang besar di barat negara itu, lapor laman berita RT semalam.

Struktur jambatan tersebut dipercayai boleh dijual di kedai besi buruk pada harga lebih AS$15,000 (RM69,864).



Jambatan logam yang dianggarkan seberat sekurang-kurangnya 60 tan itu terletak di wilayah Ryazan, sekitar 200 kilometer dari tenggara Moscow.

Jambatan itu dilaporkan dianggarkan bernilai AS$3.5 juta (RM16.30 juta).

Kehilangan misteri keseluruhan jambatan tersebut pertama kali dilaporkan pada Rabu lalu oleh aktivis tempatan, Svetlana Konovalova.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, jabatan polis tempatan mengesahkan bahawa ia telah menerima aduan mengenai kehilangan struktur logam jambatan yang tidak berfungsi itu lebih seminggu lalu. 



Polis menambah bahawa ia telah membuka kertas siasatan jenayah berhubung kejadian tersebut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button