Lebih 1.6 tan minyak masak disita bernilai RM8.47 juta

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 1.6 tan minyak masak disita bernilai RM8.47 juta
Sebahagian daripada minyak masak pelbagai jenis yang disita oleh KPDN Johor susulan pemeriksaan dibuat syarikat membungkus minyak masak di Kulai.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita lebih 1.6 tan metrik pelbagai jenis minyak masak dengan nilai mencecah RM8.47 juta di sebuah syarikat membungkus minyak masak di Kulai, Rabu lalu.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan sitaan dibuat selepas syarikat itu disyaki menyeleweng dan memanipulasi barang kawalan itu hasil pengauditan dokumen serta stok minyak masak di premis berkenaan.



Katanya, pihaknya membuat pemeriksaan di sebuah syarikat membungkus minyak masak itu pada pukul 8.15 malam bagi mendapatkan maklumat serta mengemukakan pengisytiharan stok di bawah Sekyen 8, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

“Perkara itu terbongkar susulan pengauditan dilakukan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Putrajaya ke atas dokumentasi urus niaga penjualan minyak masak syarikat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kuantiti minyak masak yang berada di alamat perniagaan berkenaan melebihi daripada had kuantiti simpanan minyak masak yang diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button