Mohammad Hardee dilantik sebagai pemangku CEO SME Bank

Mohammad Hardee dilantik sebagai pemangku CEO SME Bank

Mohammad Hardee dilantik sebagai pemangku CEO SME Bank
Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim dilantik sebagai pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank.

Kuala Lumpur: Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail, akan meninggalkan organisasi itu setelah tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.

Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim akan menggantikan beliau sebagai pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bermula pada 3 September 2024.

SME Bank dalam satu kenyataan berkata, sepanjang enam tahun kepimpinannya, Aria Putera membuka laluan kepada bank itu untuk memenuhi mandat dalam menyokong dan membangunkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.



Ia berkata, ini bermula dengan mentakrifkan semula visi, misi dan memperkenalkan nilai teras S.M.I.L.E.

Katanya, pada tahun 2019, beliau memperkenalkan Pelan Percepatan Dua Tahun, satu pelan strategik untuk merombak perniagaan SME Bank yang mengandungi 27 inisiatif yang memfokuskan pada matlamat pembangunan lestari, kualiti aset, ekosistem PKS yang komprehensif, pendigitalan serta pembangunan bakat selain mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM213.9 juta pada 2019.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim




“Sehubungan dengan itu, SME Bank telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam kualiti aset dan pertumbuhan pembiayaan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Jumlah pembiayaan kasar SME Bank mencatatkan pertumbuhan 37.6 peratus daripada RM6.47 bilion pada 2018 kepada RM8.9 bilion pada akhir 2023, manakala kadar kemerosotan kasar berkurangan kepada 12.5 peratus daripada 22.9 peratus,” katanya.

SME Bank berkata, pada kemuncak pandemik Covid-19 global, Aria Putera melancarkan pelbagai program bantuan pada Oktober 2020 hingga September 2022 untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro dalam pelbagai industri, yang memberi manfaat kepada lebih 5000 syarikat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9.12 bilion.

Aria Putera memperkenalkan inisiatif baharu seperti ‘Platform Digital PKS Kebangsaan’ termasuk ScoreXcess dan Odela, yang memperoleh anugerah daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) pada 2020 untuk Projek Pembangunan Cemerlang dalam Pembangunan Teknologi.



Beliau juga merupakan Juara Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kategori Sektor Awam 2023 oleh Talent Corporation Malaysia dan SME Bank telah memperoleh 17 anugerah antarabangsa di bawah kendaliannya daripada badan pemberi

anugerah yang diiktiraf termasuk ADFIAP, The Asset Triple A, Alpha Southeast Asia, selain Anugerah Titan Korporat Antarabangsa Lang.

Sementara itu, Mohammad Hardee mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan kepakaran dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.

Beliau telah berkhidmat dengan SME Bank dalam pelbagai portfolio termasuk perbendaharaan, kewangan korporat, perbankan perniagaan dan yang terkini strategi korporat.



Mohammad Hardee dilantik sebagai pemangku CEO SME Bank


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button