Netizen Mohon Ben Amir Padam Gambar Elak Timbul Fitnah

Berbalah Mengenai Hukum “Pegang Anjing Haram”,

Netizen Mohon Ben Amir Padam Gambar Elak Timbul Fitnah

Netizen Mohon Ben Amir Padam Gambar Elak Timbul Fitnah

Sebelum ini satu perkongsiam oleh pelakon Ben Amir telah mendapat perhatian warga net.

Dalam perkongsian Ben dalam hantaran tersebut menunjukkan dia sedang memegang seekor anjing.



Menimbulkan Perbalahan

Berbalah Mengenai Hukum “Pegang Anjing Haram”,
via Instagram Ben Amir

Perkara tersebut telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya dengan menyatakan bahawa haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.

Atas kejadian tersebut, Ben tampil menjelaskan kepada umum di Instagram story miliknya bahawa anjing tersebut merupakan haiwan penjaga perjalanannya sepanjang misi mendaki ke Everest Base Camp.

Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami.

Di sini ada snow leopard kau tahu tak? Aku sayang dia sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak.



Elak Binatang Buas

Sebelum itu dia juga memuat naik gambar bersama anjing yang dikatakn menjadi pelindung daripada ancaman binatang buas seperti harimau kumbang.

Kepada yang tidak tahu apa itu snow leopard… kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain.

Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan pastikan laluan selamat daripada haiwan pemangsa.

Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan



Elakkan Dari Menimbulkan Perbalahan

Hantaran tersebut mendapat perhatian warga net dan mendapat sokongan ramai peminat mengenai situasi dan keadaan Ben Amir sekarang.

Tetapi terdapat segelintir netizen juga yang berpendapat sebaiknya Ben Amir memadam atau elakkan daripada memuat naik gambar seperti ini kerana perkara ini boleh mencetuskan perbalahan dan fitnah oleh warga net.

Diruangan komen juga, ramai yang tidak sabar menantikan hari terakhir dia sampai di puncak gunung.

Netizen Mohon Ben Amir Padam Gambar Elak Timbul Fitnah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button