Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

“Dah Tua-Tua Pun Main TikTok”

Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok
Norlia Ghani

Pelakon veteran Norlia Ghani, baru-baru ini dikecam teruk oleh netizen selepas membuat siaran langsung di TikTok.

Menerusi laporan mStar, Norlia yang sekarang sudah berusia 74 tahun itu dikutuk tidak sesuai bermain TikTok kerana umurnya yang sudah tua.

Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

Walaubagaimanapun, Norlia langsung tidak peduli tentang kutukan yang diterima dan dia meneruskan sesi tersebut seperti biasa.



Mereka cakap dah tua tua pun main TikTok, apa mereka komen jangan dibalas. ‘jalan’ saja.

Norlia juga berkata dia seorang yang berfikiran terbuka dan menganggap kecaman itu satu perkara yang remeh.

Nak terasa buat apa, saya memang dah tua.

Lagipun saya seorang yang berfikiran terbuka, jadi saya tak kisah dan terima sahaja.



Pelakon itu juga berkata dia sudah lama tidak mendapat tawaran lakonan, disebabkan itu hubungannya dengan banyak pihak termasuk kenalan rapatnya terputus.

Setahun juga tiada tawaran berlakon, mungkin faktor usia dan mungkin ramai pelakon lain lebih layak.

Namun dia tidak berkecil hati dan menganggap itu bukan rezekinya.

Norlia Ghani Dikecam Kerana Buat ‘Live’ Di Tiktok

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button