Olimpik Paris : Azeem harap tuah trek ungu Stade de France

Olimpik Paris : Azeem harap tuah trek ungu Stade de France

Olimpik Paris : Azeem harap tuah trek ungu Stade de France
FAHMI Tajuid iaitu bapa kepada atlet pecut negara, Muhammad Azeem memberi kata-kata semangat kepada anaknya sebelum berlepas ke Olimpik Paris 2024.

SEPANG – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengakui bahawa dia tidak sabar untuk turun menguji permukaan trek baharu olahraga di venue ikonik Stade de France yang berwarna ungu menjelang acara 100 meter yang berlangsung pada 3 Ogos ini nanti.

Pelari berusia 20 tahun itu menegaskan, keunikan Stade de France bakal memberi keterujaan kepada semua pelari-pelari seluruh dunia untuk turun bersaing menguji trek tersebut nanti terutama bagi memburu catatan masa terbaik di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Sebenarnya cukup teruja untuk berlari terutama permukaan baharu di Sukan Olimpik dengan trek berwarna ungu tersebut.



“Tetapi sudah pasti, bila berlari dengan permukaan baharu kita akan rasa selesa seperti kita uji gelanggang baharu. Sebenarnya, permukaan trek baharu itu bagus untuk semua pelari yang berlari di sana nanti.

“Siapa tahu, dengan trek seperti itu (ungu) mungkin dapat meningkatkan semangat saya untuk berlari dengan baik. Mudah-mudahan akan ada catatan positif nanti,” katanya ketika ditemui sebelum bertolak ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



Olimpik Paris : Azeem harap tuah trek ungu Stade de France
TREK baharu dalam stadium berkapasiti 80,000 penonton itu bakal menghimpun atlet olahraga terbaik dunia. -AFP

Difahamkan, permukaan trek olahraga Stade de France yang baharu dibina itu oleh syarikat berpangkalan di Itali, Mondo itu adalah lebih baik daripada yang digunakan sewaktu Olimpik Tokyo 2020.

Mondo telah membina trek untuk beberapa acara sukan terhebat di dunia termasuk Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik, kejohanan dunia dan Mondo juga telah ditugaskan untuk membina trek olahraga menjelang Paris 2024.

Menurut pengeluar trek balapan rasmi Olimpik, Mondo, trek warna ungu dipilih tersebut lebih mesra alam berbanding trek di Sukan Olimpik sebelum ini dan dapat memberi pecutan bertenaga kepada atlet. -KOSMO! ONLINE

Olimpik Paris : Azeem harap tuah trek ungu Stade de France

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button