Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul
Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul
Persidangan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) dijadual akan di adakan pada 21 hingga 24 Ogos ini.
Pemerhati politik menjangkakan suhu PAU 2024 pastinya akan berbeza dengan suhu PAU 2023 tahun lepas.
Ini berikutan beberapa isu semasa yang memerlukan penjelasan dari kepimpinan UMNO yang kini menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan.
Isu terkini yang pasti tidak akan terlepas dari mendapatkan penjelasan sudah pasti isu salah sebuah sekolah vernakular mendapat tajaan dari syarikat arak.
Kabinet dilapurkan akan menyemak semula pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia 2018.
Pekeliling yang mengandungi araha melarang semua sekolah menerima dana dari syarikat arak, judi dan tembakau.
Pemimpin DAP meminta supaya pengecualian diberikan kepada sekolah vernakular.
Dan sekiranya kabinet bersetuju untuk meminda arahan tersebut, sudah pasti ianya akan menjadi perbahasan panas Pemuda UMNO Malaysia yang lantang menentangnya.
Satu lagi isu yang akan didesak dari perwakilan secara bersemuka dengan Tengku Zafrul mengenai isu Titah Adendum YDP Agong.
Tengku Zafrul pasti akan didesak oleh perwakilan untuk memberikan penjelasan mengenai titah adendum tersebut.
2 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Zafrul mendapatkan kebenaran memfailkan afidavit.
Ia bertujuan memperbetulkan fakta yang didakwa tidak tepat dalam afidavit DS Zahid berhubung Titah Adendum dalam kes pengampunan DS Najib.
Peguam mewakili DS Najib, Shafee Abdullah berkata, prosiding yang berlangsung dalam kamar itu diputuskan Hakim Amarjeet Singh.
Tengku Zafrul memohon kebenaran untuk membetulkan afidavit DS Zahid kerana mahu menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 yang diikrarkan oleh DS Zahid.
Beliau mendakwa terdapat fakta yang tidak tepat yang perlu diperbetulkan.
Ia difailkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Sudah pasti perwakilan akan menuntut penjelasan apakah fakta yang Tengku Zafrul katakan tidak tepat.
Selain dari Tengku Zafrul, Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman juga dijangka akan menjadi ‘buruan’ perwakilan dari seluruh negara.
Jadi, duduk dan jangan lari.
Perwakilan PAU 2024 Tidak Sabar Untuk Jumpa Tengku Zafrul
Di Syorkan Untuk Anda:
- Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?
- Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat
- MCA Dan MIC Mesti Lebih Positif Dan Pro Aktif, Bukan Merengek Seperti Baby Girl